The Breath Takers

Saturday, February 5, 2011

Alasan Berbohong

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tidak ada arah tujuan atau cuba mencipta sesuatu masaalah yang tidak masuk akal. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.


1. Balas dendam

Sekiranya anda berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada anda. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. banyak wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.


2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apa lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titiknya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup anda dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya.

*Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.*


3. Kekerasan

Kini, banyak wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya.

*Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila anda kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan anda tanpa sebaris kata. Mereka yakin, masih banyak lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada anda.*


4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi anda berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila anda menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

*Sekiranya, anda tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk anda dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.*


5. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak masalah di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani.

*Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan anda yang memulakannya dahulu*.


6. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa anda tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu anda dengan lebih lama?


7. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

*Baginya, jika anda tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu anda pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.*


8. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu serasi saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan anda. Tidak hairanlah apabila anda masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.


*p/s : sumber, KOSMO (:

No comments: