The Breath Takers

Sunday, May 29, 2011

Si mulut manis


Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak di dalam puan;
Gula madu kusangka manis,
manis lagi senyuman tuan.


“Kenapa awak suka saya?” tanya gadis.

“Entahlah, susah nak cakap sebab semua yang ada pada awak saya suka,” jawab jejaka.

“Cheh, manisnya,”

KOMA

Saya rase, lelaki dibekalkan dengan ladang tebu yang disembunyikan di tepi bibirnya!


Semua harus berakhir

"Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini"

"Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya"

Jadilah pasangan seiring sejalan

Memilih teman hidup seperti mencari mutiara di pasir pantai. Jika tersalah pilih rumahtanngga yang menjanjikan kebahagiaan berakhir di tengah jalan. Walau seluas lautan cinta diberikan namun jika tidak bijak mengambil peranan dalam memberi keharmonian ia menjadi kian pudar. Bagaimana untuk menanganinya?

1. Hidup Bahagia Tanpa Sengketa
Hidup berumahtangga memang tidak akan pernah lari daripada konflik. Kecil atau besar konflik yang menguji jiwa perlu dihadapi dengan hati terbuka. Sikap redha isteri terhadap suami adalah langkah terbaik. Adakala pertelingkahan dalam rumahtangga ada hikmahnya kerana boleh membawa kemesraan selepas berbaik semula. Jangan fikir cara mudah dengan keluar dari ikatan perkahwinan.

2. Agar Pasangan rasa Istimewa
Kehidupan berumahtangga tidak seperti waktu bercinta. Penampilan anda sebagai isteri juga perlu anggun ketika di rumah. Jika berbicara anggaplah pasangan seperti maharaja yang disayangi. rasa hormat dan memandangnya dengan penuh kasih sayang membuatkan si dia berasa tenang berada di sisi anda.

3. Kekal romantik Ke Akhir Hayat
Semakin meningkatnya usia perkahwinan, hubungan suami isteri boleh menjadi kian erat. Kasih sayang di penghujung hayat bagaikan embun di waktu pagi. Perlu dititip dan dijaga dengan baik. Jadikan setiap hari adalah hari baru buat anda berdua. Sentiasa bangga dengan pasangan anda.

4. Fikir Sebelum Buat Keputusan
Jika sesuatu berlaku di luar kehendak ia boleh menimbulkan rasa marah. Jika sedang marah tariklah nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Tenangkan diri hingga anda rasa reda. Pertimbangkan punca kemarahan dan mungkin ia datang dari diri sendiri. Ambil tindakan positif dalam menangani masalah. Elak melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan orang sekeliling.

5. Selami Fikiran Pasangan
Wanita dikatakan lebih sensitif berbanding lelaki. Kenali pasangan dengan lebih dekat dan baca fikirannya secara senyap. Fahami keadaan pasangan yang mungkin ketika itu sedang rasa tertekan atau letih. Sering berbincang terutama dalam membuat keputusan yang melibatkan anda berdua dan keluarga. Dirinya akan rasa diperlukan.

p/s ; Ape yang penting ? Kerjasama =)

Saturday, May 28, 2011

Rancangan Orientasi Sekolah

2 minggu dah berlalu . Maka ROS aku pun dah habis. Bukan bunga ros ye, ini Rancangan Orientasi Sekolah . Ye, saye cikgu ;) Lepas ni i'll be focus on my practical pulak. Suasana makan sibuk . Hidup makin sebok . Masa makin sempit. Macam ni rupenye kerjaya seorang guru .

Tuff la siot -.-"

Serasenye, aku taknak sambung jadi cikgu kot. Amek degree pulak and rase nak try jadi lecturer :P pastu , hamek master. Haaa ok tak ? HEHE .

Back to the tajuk. Teeheee. Aku suke praktikal kat sekolah Beranang ni. Cikgu semua style and cool je. SUMPAH sporting lah . Terase 2 minggu ni dah rapat mcm keluarga kandung. Ade student anggap aku macam mama die. Oh sweeeeeet sangat ;)

This is my family now :) Just take a look ya .

Raihana :)

Zakwan :)

Haris . My favourite one ;)

Adam :)

Semakin lama, semakin sayang mereka ni . And semenjak berada kt sini, 1st time dapat rase dihargai sangat-sangat oleh seseorang. Budak2 memang sangat appreciate ckgu. Tiap hari ade je benda yg diorang buat aku rase terharu sangat2. Terasa sangat dihargai ! Terima kasih sayang :))