Memilih teman hidup seperti mencari mutiara di pasir pantai. Jika tersalah pilih rumahtanngga yang menjanjikan kebahagiaan berakhir di tengah jalan. Walau seluas lautan cinta diberikan namun jika tidak bijak mengambil peranan dalam memberi keharmonian ia menjadi kian pudar. Bagaimana untuk menanganinya?
1. Hidup Bahagia Tanpa Sengketa
Hidup berumahtangga memang tidak akan pernah lari daripada konflik. Kecil atau besar konflik yang menguji jiwa perlu dihadapi dengan hati terbuka. Sikap redha isteri terhadap suami adalah langkah terbaik. Adakala pertelingkahan dalam rumahtangga ada hikmahnya kerana boleh membawa kemesraan selepas berbaik semula. Jangan fikir cara mudah dengan keluar dari ikatan perkahwinan.
2. Agar Pasangan rasa Istimewa
Kehidupan berumahtangga tidak seperti waktu bercinta. Penampilan anda sebagai isteri juga perlu anggun ketika di rumah. Jika berbicara anggaplah pasangan seperti maharaja yang disayangi. rasa hormat dan memandangnya dengan penuh kasih sayang membuatkan si dia berasa tenang berada di sisi anda.
3. Kekal romantik Ke Akhir Hayat
Semakin meningkatnya usia perkahwinan, hubungan suami isteri boleh menjadi kian erat. Kasih sayang di penghujung hayat bagaikan embun di waktu pagi. Perlu dititip dan dijaga dengan baik. Jadikan setiap hari adalah hari baru buat anda berdua. Sentiasa bangga dengan pasangan anda.
4. Fikir Sebelum Buat Keputusan
Jika sesuatu berlaku di luar kehendak ia boleh menimbulkan rasa marah. Jika sedang marah tariklah nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Tenangkan diri hingga anda rasa reda. Pertimbangkan punca kemarahan dan mungkin ia datang dari diri sendiri. Ambil tindakan positif dalam menangani masalah. Elak melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan orang sekeliling.
5. Selami Fikiran Pasangan
Wanita dikatakan lebih sensitif berbanding lelaki. Kenali pasangan dengan lebih dekat dan baca fikirannya secara senyap. Fahami keadaan pasangan yang mungkin ketika itu sedang rasa tertekan atau letih. Sering berbincang terutama dalam membuat keputusan yang melibatkan anda berdua dan keluarga. Dirinya akan rasa diperlukan.
p/s ; Ape yang penting ? Kerjasama =)
No comments:
Post a Comment