Pertama : Belajarlah untuk menerima kenyataan dengan redha.
Memang kita tidak pernah berharap untuk hubungan terputus di tengah jalan.
Malah kita tak pernah bermimpi untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang kecewa kerana cinta.
Tetapi, kita kena sentiasa beringat. Dan mengingat.
Tidak semua kisah chenta itu indah.
Dan tidak semua chenta itu berakhir dengan suatu kisah yang membahagiakan.
Jadi, belajarlah untuk menerima kenyataan.
Anggaplah bahawa diri kamu bertuah kerana diberi peluang untuk merasai kekecewaan.
Dan berfikirlah secara positif bahawa kekecewaan itu pasti mempunyai seribu hikmah.
Kedua : Cuba-lah untuk menyibukkan diri.
Supaya hati tidak terkenang-kenang, mulot tidak menyebut-nyebut.
Sibokkan larh diri dengan pelbagai aktiviti seperti menganggotai persatuan, bercuti dan sebagainya.
Ini lah masa untuk bergiat aktif-matif, dan menghiburkan hati yang lara itu.
Opss. Bukan hati yang lara. Tetapi, hati yang sedang diuji.
Ketiga : Rapatkan diri dengan rakan taulan.
Pada saat macam ini, rakan sangat penting.
Berhibur dan berlibur larh dengan rakan-rakan seperti dunia ini engkau yang punya.
Eh. Itu mungkin agak berlebihan kot. Hehe.
Berhibur secara ala kadar sudah. Yang penting, hati gembira.
Dan rakan-rakan, jangan pula menolak kehadiran mereka.
Ketika saat begini larh, mereka yang terkecewa memerlukan anda.
Tolong tolak jauh-jauh ayat seperti ini "Ek elehh! Dulu waktu bahagia, muka kitorang pun tak pandang." Okey, sudah. Jangan menghukum dia kerana chentanya.
Keempat : Buang barang-barang yang mempunyai kaitan dengan si dia.
Mungkin agak kejam sangat untuk buang (bagi mereka yang berjiwa halus).
Jadi, cukoplah sekadar menyimpan barang-barang itu supaya tidak selalu dipandang-pandang.
Nanti, makin dipandang makin berdarah pula luka di hati.Kan susah.
Bagus jugak kalau barang-barang itu dapat dipulangkan semula kepada tuannya.
*Bawa aku ke mana kau mahu*
2 comments:
aku dah buang sume brg2 ex aku. mmg tak lyk utk brada dlm simpanan. haha. yg len adik aku ambikk buat toys :P
Ohh u go girl ! ;)
Aku bukan buang dah, siap bakar :)
Yang mane boleh pakai, aku kasi mama or adik ;)
Post a Comment