The Breath Takers

Tuesday, June 7, 2011

Jujur dari perspektif saya


Kejujuran..

misteri terbesar seorang insan

kebenaran kan tersingkap dari bukaan hati

jika kejujuran menjadi tunjang dalam diri.


Mungkin cuma manis dibibir

kerana lidah itu lembut tanpa tulang menjadi tabir

kerana jiwa itu rapuh.


Kita bebas berkata apa sahaja

kuasa ada di tangan kita

benar atau tidak bait kata yang diucap

itu hak mutlak yang mengungkap.


Berkata yang benar itu sebaiknya

walau sakit merobek jiwa

kerana kesan dusta lebih parah

selamanya jiwa bisa berdarah.


p/s ; Berkata benar kan lebih baik?


No comments: