The Breath Takers

Tuesday, June 7, 2011

Jujur dari perspektif saya


Kejujuran..

misteri terbesar seorang insan

kebenaran kan tersingkap dari bukaan hati

jika kejujuran menjadi tunjang dalam diri.


Mungkin cuma manis dibibir

kerana lidah itu lembut tanpa tulang menjadi tabir

kerana jiwa itu rapuh.


Kita bebas berkata apa sahaja

kuasa ada di tangan kita

benar atau tidak bait kata yang diucap

itu hak mutlak yang mengungkap.


Berkata yang benar itu sebaiknya

walau sakit merobek jiwa

kerana kesan dusta lebih parah

selamanya jiwa bisa berdarah.


p/s ; Berkata benar kan lebih baik?


Monday, June 6, 2011

Adele


Her songs inspired me alot. I do wanna get myself an original album from her.

Love you , Adele :)

Thursday, June 2, 2011

Kisah janji dimungkiri lagi

Bila janji dimungkiri. Ya, itu sentiasa berlaku dalam hidup kita ni. Ada masa, janji kita tidak ditepati ataupun dimungkiri. Ada banyak maksud tersendiri.

Bila sang lelaki berjanji, perempuan pasti benci jika janjinya dimungkiri. Tapi orang kate, jika perempuan yang bermungkir janji, pihak lelaki selalunya boleh buat sardin aje. Kalau lelaki berbohong, jangan harap perempuan itu mahu percayainya lagi.(memang betul pun!) Tapi orang kate, kalau sang perempuan yang berbohong, lelaki masih boleh terima sepenuh hati.(sebab dorang tau dorang salah)

Cerita tentang janji, memang sakit hati bila janji tidak ditepati. Kita akur, itulah yang akan jadi. Jadi, mulai hari ini. Jangan berjanji. Tak adil untuk menyalahkan satu pihak aje.




"Kisah janji
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu."


Wednesday, June 1, 2011

Biarkan aku berbicara

“Dulu awak kata , cinta kita sehangat sup yang mendidih. Awak jugak pernah kata , pedasnya cinta kita kalah sos cili padi. Tapi sekarang, cinta awak kepada saya macam sup baru keluar dari peti ais. Cinta kita jugak dah tak pedas macam dulu. Rasa macam sos cili padi yang dah expired. Kenapa awak buat macam ni kat saya?”

Putus cinta. Bukan pilihan alasan untuk bunuh diri.
Atau mungkin gantung diri.
Putus cinta tidak perlu terlalu serius untuk menghukum diri.
Ingat. Diri tidak perlu dihukum kerana permainan jiwa!

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghadapi tragedi putus cinta dengan senyuman.
Ya! Dengan senyuman.
Kenapa? Tak percaya?

Pertama : Belajarlah untuk menerima kenyataan dengan redha.

Memang kita tidak pernah berharap untuk hubungan terputus di tengah jalan.
Malah kita tak pernah bermimpi untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang kecewa kerana cinta.
Tetapi, kita kena sentiasa beringat. Dan mengingat.
Tidak semua kisah chenta itu indah.
Dan tidak semua chenta itu berakhir dengan suatu kisah yang membahagiakan.
Jadi, belajarlah untuk menerima kenyataan.
Anggaplah bahawa diri kamu bertuah kerana diberi peluang untuk merasai kekecewaan.
Dan berfikirlah secara positif bahawa kekecewaan itu pasti mempunyai seribu hikmah.


Kedua : Cuba-lah untuk menyibukkan diri.

Supaya hati tidak terkenang-kenang, mulot tidak menyebut-nyebut.
Sibokkan larh diri dengan pelbagai aktiviti seperti menganggotai persatuan, bercuti dan sebagainya.
Ini lah masa untuk bergiat aktif-matif, dan menghiburkan hati yang lara itu.
Opss. Bukan hati yang lara. Tetapi, hati yang sedang diuji.


Ketiga : Rapatkan diri dengan rakan taulan.

Pada saat macam ini, rakan sangat penting.
Berhibur dan berlibur larh dengan rakan-rakan seperti dunia ini engkau yang punya.
Eh. Itu mungkin agak berlebihan kot. Hehe.
Berhibur secara ala kadar sudah. Yang penting, hati gembira.
Dan rakan-rakan, jangan pula menolak kehadiran mereka.
Ketika saat begini larh, mereka yang terkecewa memerlukan anda.
Tolong tolak jauh-jauh ayat seperti ini "Ek elehh! Dulu waktu bahagia, muka kitorang pun tak pandang." Okey, sudah. Jangan menghukum dia kerana chentanya.

Keempat : Buang barang-barang yang mempunyai kaitan dengan si dia.

Mungkin agak kejam sangat untuk buang (bagi mereka yang berjiwa halus).
Jadi, cukoplah sekadar menyimpan barang-barang itu supaya tidak selalu dipandang-pandang.
Nanti, makin dipandang makin berdarah pula luka di hati.Kan susah.
Bagus jugak kalau barang-barang itu dapat dipulangkan semula kepada tuannya.



*Bawa aku ke mana kau mahu*