The Breath Takers

Tuesday, May 3, 2011

Indahnya Bangi

I'm HOME !! Perghh indah betul Bangi ni rasanya. Rindu bebenau kat tilam, katil, kipas, bilik air. Experience kat kem Bina Insan Guru? Macam harem. Ngeeeee. Tak penah aku pegi kem cenggini ha rupenye. Pelik dan melumpuhkan segala sendi aku T___________T

HARI PERTAMA

Pagi tu bas dah la datang lambat lepas tu bile dah sampai, adeke pergi parking dekat dengan tempat ayam disembelih? WTF -.-" Wanginye Tuhan je yg paham. Then built up khemah,kene dengar ceramah and petang tu terus pergi check on all the stuff for kayak-ing and rakit-ing . Malam tu nak tido. HUJAN SERABUT GILA! Dan khemah pun banjir. Aku mampu tidur 40minit sahaja. Celanut betul lah~ 1st day dah membuatkan mood aku mati dan mula membuat aku membilang hari bila mahu pulang.

HARI KEDUA

Bile dah tak tido tuh, so aku pun pegi mandi sesubuh alam. Lepas tu berkawad (entah ape tah kawadnya). Selesai sudah, kami pun b/fast. Lepas tu terus bergerak pergi berkayak. Aku dapat pergi kayak dulu sebab aku Group 1. So berkayak dan berakit di pagi hari tak berjaya menggelapkan kulit aku. CHEESE ! ;) Tapi penatnye, ya Allah. Macam nak koyak lengan. Nasib baik partner aku sempoi nak mati. Salu tenangkan aku masa kayak. Ye, aku cuak mase kayak =.=" Takot tenggelam lah . Kang kene makan dek Dolphin baru tahu. (bak kata group partner aku) Bungok, mana datang tah menatang tu kat air masin.

Inilah Encik Sam ;)


Lepas tu pergi main terompah gergasi. SAKIT LAH KAKI!! Pakai stokin pun sakit jugak. Permainan ni telah melebamkan kaki aku ='( Agak susah nak jalan. Then bila kene suruh buat sand castle, aku dah lupa yang kaki aku lebam. Seronok main pasir. Macam budak 7 tahun. (bak kata group partner aku). Tapi aktviti hari ni best sebab coach best. Encik Sam panggil aku Budak Kecik. Dan aku berjaya memperbodohkan dia dan membuatkan die malu depan Kak Ain. HAHAHAHAAA! Sumpah kami bertiga gelak sakit perot. CHEESE ! :) Then diakhiri dengan permainan korporat. Bina binaan tertinggi dan kukuh. Tapi, macam haram. Group aku suka benor gelak. Aku pun tak paham. Takpe, aku pun enjoy gelak sekali.

HARI KETIGA

Pergi jungle trekking kat Tanjung Tuan. Hari bersama Encik Raja dan Puan Lailu (Sebonarnye Puan Laila, Cik Rekeman memandai lak ngan Miss Tasha mengubahnye). Pergi jungle trekking bersama Atok Raja memang BEST! Die pun sawan jugak orangnye. Senanglah keje aku. HEHE. Sepanjang jalan dok ngaku die tu mudo , jiwo mudo. Aihhh~ Dah tu bile balik dari rumah api, bukan main ajak den pegi drift dengan die balik nanti. Apo lagi, berkejaran dalam hutan. HAHAHA! Tapi lari tak bape laju pun. Kang patah riuk lak orang tua tu. Naya aku.

Ini Atok Raja ;))

Dan kami sampai ke pantai. Aktiviti memasak dalam hutan tanpa bekalan air bersih sangat lahanat. Dan nak buat api, SANGAT SUSAH. Sebab kayu, daun suma basah. DAMN . Tapi semua makanan berjaya di masak. And sekali lagi, aku diperdajalkan oleh Puan Laila, Miss Natasha dan Kak Ain. Kasot aku disorokkan masa aku pergi basuh tangan kat pantai. Harem. Suke tengok aku membebel katanye.

Malam tu, malam kebudayaan dan aku kene buat sketsa. Watak aku makcik Cleaner. Susah betol nak bawak watak. Tapi, berbekalkan kain batik,pencakar sampah, tag nama MAKCIK CLEANER tersangkot di leher dan loghat Negeri Sembilan, aku berjaya buat audiens gelak. Dengan aku2 sekali gelak. HEHEHEE. Dan jadi artis jap sebab Tuan Haji Rekeman mintak aku buat pose sebab die nak amek gambar aku. Buatlah kejap pose gedik ;) Oh ye, die memang panggil aku artis sebab sweater aku and baju aku. Dari malam sebelumnye asyik panggil aku artis. Takpe, pujian. Ngeh3. Dan aku tak tido lagi masa hari ketiga ni, khemah aku banjir lagi =.=" Angin kuat dan ada khemah hampir tercabot.

HARI KE-EMPAT

Dan ini ialah Group 1 (: Kak Acu, Kak Ain, Kak Lily (Mak Buyung), Kak Normah is the best PART TIMER EVER ! I'm gonna miss you all (:

Balik. Ya, hari yang ditunggu-tunggu oleh aku! Kami sume dapat hadiah. HEHE. Group aku menang pertandingan berakit. Eheemm. Terel tuu. Weeeee~ Lepas sesi bergambar dan makan, kami pun pulang. Sempat lah buat lawak yang terakhir dengan Encik Raja. Die ade kata muka aku macam anak die. Sebab tu kami serasi kot? Entah le. Hehe. Yang penting, AKU TAKNAK PERGI SINI LAGI -.-


Kesimpulannya, kem ini akan jadik lebih best kalau pihak atasan reti buat pengurusan aktiviti yang bagus dan menyediakan fasiliti. Tandas patut diberi keutamaan.


No comments: