MUNGKIN pada pandangan wanita bersikap manja akan menampakkan ciri fizikal semula jadi mereka yang kaya dengan sifat kasih sayang dan ciri-ciri kelembutan. Namun, percaya atau tidak tanggapan itu tidak semestinya betul. Aksi manja yang diada-adakan hanya membuatkan mereka nampak mengada-ngada pula di mata lelaki.
Lebih parah, lelaki turut beranggapan wanita sedemikian sebagai mudah untuk dimiliki. Sifat ego lelaki yang sukakan cabaran menggemari wanita yang memiliki ciri terpuji dan tidak mudah memberikan cinta. Lagi sukar wanita memberi cinta lagi kuat perasaan tercabar di hati seorang lelaki.
Sejauh mana kesanggupan lelaki menghadapi kerenah dan sifat manja seorang wanita? Adakah wanita sudah terdesak? Sehingga mengenepikan batas-batas perilaku untuk menonjolkan sifat kemanjaan untuk kelihatan hebat di mata masyarakat.
Mungkin pada pandangan diri seorang wanita yang dia bersifat manja, sebaliknya lelaki pula mengandaikan yang mereka berlebih-lebih dalam bergaul.
Usahlah terlalu keterlaluan dalam menunjukkan sikap lemah lembut dan bermanja. Tidak salah untuk menunjukkan sifat manja, asalkan ia bersesuaian dengan keadaan, tanpa berlebih-lebihan.
Lebih manis, sekiranya perlakuan itu lebih semula jadi, tidak terlalu melanpau dan diada-adakan hingga boleh mencetus tanggapan kurang manis di mata masyarakat.
Usahlah terlalu keterlaluan dalam menunjukkan sikap lemah lembut dan bermanja. Tidak salah untuk menunjukkan sifat manja, asalkan ia bersesuaian dengan keadaan, tanpa berlebih-lebihan.
Lebih manis, sekiranya perlakuan itu lebih semula jadi, tidak terlalu melanpau dan diada-adakan hingga boleh mencetus tanggapan kurang manis di mata masyarakat.
Ternyata, tingkah laku seseorang itu bukan saja jelas menunjukkan karektor dirinya yang sebenar, malah pada masa yang sama turut menjadi bahan tontonan dan tafsiran ramai orang. Begitu juga dengan kelakuan dalam pergaulan sehari-hari.
Mungkin buat empunya diri tidak merasakan apa-apa kesalahan dan kekurangan yang dilakukan tetapi bagi orang lain sebaliknya pula di mata masyarakat yang memandang.
Adalah lebih baik mengambil sikap sederhana dan tidak terlalu keterlaluan dalam pergaulan. Namun, bersikap terbuka adalah cara terbaik dalam menerima pandangan orang lain terhadap diri sendiri.
P/s ; Nampak sangat ke perempuan ni desperate ?
No comments:
Post a Comment