The Breath Takers

Tuesday, May 3, 2011

Kenapa orang talam dua muka ?


Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasal ape merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenis manusia cenggini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari.

Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji. Terasa?

Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!

Bukan itu sahaja, mereka yang tidak reti atau tidak faham erti janji juga dikatakan bermuka-muka. Seenaknya menabur janji dan seenaknya melupakannya. Mereka ini ibarat katak. Hanya katak yang hidup alam. Masakan manusia juga hidup dua alam? Gila .

No comments: