"Memang kita tidak akan menjangka apa yang akan berlaku dimasa hadapan..tetapi Tuhan sudah memperlihatkan keadaan sseorang itu sebelum melangkah lebih jauh lagi..memang tidak semua manusia itu sama namun kita pasti akan dapat merasakan sekiranya ada yang tidak kena dengan seseorang itu.
Amat bertuahla bagi seorang wanita itu apabila seorang lelaki itu memperisterikan seorang wanita tanpa meminta apa-apa pun darinya..kerana lelaki itu sedar, itu adalah tanggungjawabnya yang harus dilaksanakan..kata orang tua-tua terutama lelaki yang mencari dengan payah wang untuk mengawini seseorang wanita itu akan lebih DIHARGAI..
Memang perkahwinan satu perkongsian tetapi bukan dengan mengeluarkan wang untuk mengahwini seorang lelaki, malahan dalam ajaran agama pun menekan bahawa lelaki itu adalah kepala keluarga dan dia yang akan mencari nafkah, wanita juga akan membantu tetapi bukan mengambilalih peranan tersebut..Tetapi apa yang kita harapkan semoga wanita yang mengorbankan segalanya untuk lelaki itu tidak dipersia-siakan."
Credit to : http://marcannelolly.blogspot.com/2013/01/apabila-perempuan-mengeluarkan-belanja.html