The Breath Takers

Friday, September 9, 2011

8 Perkara Membuatkan Lelaki Menangis :p


Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia sehinggakan mampu membuat orang tertanya-tanya. Contohnya, lelaki dan menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis, tetapi apabila perempuan melihat lelaki menangis, pasti akan membuatkan mereka tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang membuatkan lelaki menangis.

Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, apabila mengalirnya airmata seorang lelaki, maka bererti runtuhlah dinding egonya. Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana memendam rasa semata-mata tidak mahu menangis sedangkan airmata itu sendiri adalah penawar kepada penyakit kedukaan. Sengal lah dorang ni -.-"


1. Kematian orang yang dicintai. Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..

2. Kematian haiwan kesayangan kesayangan anda dan kebiasaannya apabila kucing si dia mati.

3. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir.

4. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusah payah untuk menawan hati si dia.

5. Pada hari pernikahan selepas disahkan oleh tuk kadi sang adam dan hawa telah disahkan menjadi suami isteri.

6. Ketika seorang lelaki berjaya membeli kereta pertamanya menggunakan duitnya sendiri. Jika tidak menangis sewaktu membeli, mungkin akan menangis apabila menjualnya atau hilang.

7. Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya.

8. Fakta terbaru, lelaki juga mampu menangis apabila menonton Nurkasih. (Huehuehue. Ade?)

No comments: