The Breath Takers

Friday, July 1, 2011

Jika kau tiada


Rata-rata , ramai yang kahwin pada usia muda. Esok, kawan aku nak kahwin. Umur baru 20 . Tapi dah rezeki dia, nak buat cemane kan ? =) Yang saya ni ? Masih menunggu ♥ Best sangat ke kahwin muda ni ?

Perkara berkahwin ni bukannya boleh dibuat main-main. Nak bina rumahtangga bukannya untuk sehari dua. Secara peribadi, tidak salah rasanya berkahwin pada usia yang muda. Tapi pasangan itu haruslah berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk mengikat perjanjian sehidup semati selama-lamanya. Ini sesetengah pendapat yang diberikan bila di tanya isu kahwin awal :


Lelaki A : “Kenapa nak berkahwin? Eh, tak nak. Nanti terikat lah..tak boleh nak enjoy lagi..”

Lelaki B : “Boleh nak kahwin muda. Tak kisah umur, asalkan ada compromise and faith. InsyaAllah perkahwinan akan kekal..”

Lelaki C : “Tak nak kahwin muda..Banyak benda tak tercapai lagi. Nak bina kerjaya dulu..”



Jika anda mampu dan sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan tanggungjawab, jangan lah di lengah-lengahkan lagi. Bak kata orang tua-tua, perkara yang baik tak elok di lengahkan.

Ada kelebihan dan ada kekurangannya dalam membina rumahtangga pada usia yang muda.

Yang penting, anda harus bijak untuk berfikir sedalam-dalamnya dan rujuklah kepada kedua ibu bapa anda sebelum keputusan mendirikan rumahtangga di tetapkan, tidak kiralah apa jua peringkat umur anda.




p/s ; Jika dia bukan ditakdirkan untuk anda, jangan putus asa. Perjalanan hidup anda baru sahaja bermula. Get a life =)

No comments: