The Breath Takers

Thursday, April 28, 2011

Post ke - 300

*Muka suci semester 1*

Banyak gila entri aku dah buat ! Baru perasan. Ngeh3 :D Walhal, blog ini masih belum mencecah umur 2 tahun. Bulan 10 ni , genap lah 2 tahun umurnya. HAPPY BIRTHDAY TO ME ~ (sambil buat gaya Usop Wilcha).

Ape aku nak kenang kat blog ni ?

First thing, aku buat blog ini sebab ayah aku galakkan. He said this type of medium is good and bla bla bla~ Yelah, dia guna blog untuk berpolitik dan sebagainya. Aku pulak tak reti politik bagai ni. Dan, blog ni juga peneman aku yang setia selain buku-buku diari aku.

Orang kata, siapa yang rajin menulis ni, dia introvert. Iye ke ? Aku tak pun -.- Because aku memang tak reti duduk diam kalau kat sekolah dulu. Sampai cikgu BM aku cakap, " Farah Ain! Awak ni sakit ape? 24 jam gelak. Sawan ke hape? Tak mandi ke pagi tadi?". Ya, itulah cikgu Nabilah. My favourite teacher. Ever ;) Suke nak memalukan aku di khalayak ramai.

Aku pun ade jugak masuk pertandingan masa sekolah dulu. Public speaking, kawad kaki, olahraga, scrabble dan sebagainye. Dan disebabkan mulut yang tak reti nak shut down ni, aku dilantik sebagai Ketua Kelas selama 4 tahun berturut-turut dan Pengerusi Koperasi Sekolah 3 tahun berturut-turut. Ehemm. Ngeh3~

*Even aku dah habis sekolah pun, ckgu Koperasi tu panggil aku datang tolong dia. Dia kata aku pandai borak dengan costumer.(Bangga). CHEESE ! ;)

Oh ya, tak ketinggalan. Blog ini jugak tempat manusia yang berhati zionis menilai aku sesuka hati mereka. Tanpa usul periksa, main redah je. Tapi, aku sayang mereka :) Ade sesape terasa? HAHA. Padan muka kau.

Err. ESOK PERGI KEM. Blog ini akan kosong selama 4 hari. OH GOD >.< Asal nak pergi kem je, aku rasa nak demam. Dan-dan je kan? HEHE. Yeah guys, I'll be back. Pray for my happiness there. And, I'll share some photos nanti ya? Tata =)

Gangguan makhluk

Lebam. Ape yang lebam? Mata aku lebam. Akibat? Tak tidur dari semalam.

Okeh, cite die macam ni. Aku sedaya upaya melelapkan mata dan AKHIRNYA berjaya! Tapi, pukul 10 pagi ye baru tutup mata =.= Then, tengah sedap-sedap tidur...

HENFON MELALAK ! Laha*** ye ~
Banyak pulak tu haa message masuk dan kebanyakkannye mesej cuba meraih simpati. Aku iyakan aje. Tak boleh nak tolak. Lebih kurang 10 mesej ye masok dan setiap satu mesej yang masuk menyebabkan aku tersentap dari mimpi aku yang indah. Sekali lagi, laha***. Ehemm.

Kemudian, aku sambung lagi tidur. Tiba-tiba...

*Tok tok tok ! Assalamualaikum ooooo Assalamualaikum. (Aku lantakkan aje memula)

*ASSALAMUALAIKUMM!! ASSALAMUALAIKUMM!!

Alaaaaaaahai. Manusia mane yang tak reti bahasa neh? Kan ustad dah ngajo kat sekolah dulu, kalau dah bagi salam lebih 3 kali tapi tiada sahutan, dengan hormatnya sila lah blah. Tapi manusia yang ni dia taknak blah T_______T

Sakit hati. Berasap aku kejap. Sebab dia dah mula main doorbell rumah aku. Berkali-kali tanpa henti.

Dengan serabainya, aku pun bukak pintu. Tapi tak bukak sepenuhnya. Bukak sikit je. Saja nak perli. Dia boleh tanya, "Apesal bukak sikit je pintu ni?". Tak faham bahaso betul la minah ni. Dia tanye aku,

"Akak, petang ni ada kempen menjahit. Jomlah join kami menjahit. Seronok!" (sambil buat muka happy).

WATDECIKEN ?!! Kau ketok pintu rumah aku macam nak roboh semata-mata pasal menjahit??! Takde sivik punye orang =.="

Dengan selamba aku berkata, " Takpelah, saya dah selalu dah jahit menjahit ni. Dah reti dah. *buat muke belagak kejap.

"Oh yeke kak. Tapi akak try lah dulu. Rugi tak join. Seronok tau~"

Aku bengang. Dah aku taknak, paksa-paksa lagi. Mata aku dah tak larat nak bukak dah ni. " Betul takpe la. Saye takde masa nak pegi petang ni. Laki saya balik nak makan."(Tipu. Entah bile aku kahwin tah).

"Oooo laki akak tak kasi ye. Umur dia berapa? Kenapa tak kasi? "

Eh budak ni. Aku sepuk kang. Banyak lak tanya. "Haaa saya sebenarnya nak berak ni. Lain kali je lah saya pegi menda-menda gini. Thanks. Assalamualaikum."

Akhirnye mereka pun blah. Dorang berdua. Lagak macam minah rempit. Dengan free hair and tight jeans. Plus, pakai selipar je. NOT INTERESTED. Pelisss lah ~

*End of the day, aku tak boleh jugak tidur. SHEEIIIT .

Dah rabun tu , buatlah cara rabun -.-

Ookay . Harini hari terakhir membeli barang untuk pergi kem. Lusa nak pergi dah. Selamat tinggal dunia. Yuckss ! Aku belum nak mati.

Tapi,

Harini hari yang memalukan 7 keturunan aku dan keturunan yang akan datang dan akan datangnye. Ke-alpa-an dan ke-malas-an memakai lens ketika memandu di malam hari hampir meragut nyawa aku dan Si Sepet -.-

Ni semua salah Si Sepet. Tugas dia sebagai co-pilot hanya menggelakkan aje -.- Hampir nak cium bontot Abang Teksi. Ni pun salah Si Sepet jugak. Harini aku ;


1. Hampir seinci nak "comolot" dengan bontot Abang Teksi.

2. Salah pusing kat roundabout membuatkan aku jadi bangang sekejap.

3. U-turn sesuka hati dan salah masuk simpang nak pegi Tesco.

4. Dengan yakinnye drive lelaju tanpa nampak Tesco di sebelah kanan aku dan menyebabkan aku kene u-turn sekali lagi. WATDEFISH?


Natijahnya, jangan bawak orang Sepet semasa memandu. Kelak membahayakan nyawa. CHEESE! Muahhahaaaaa! ;)

Wednesday, April 27, 2011

Sullivan

I bust the windows out your car ,
After I saw you laying next to her ,
I didn't wanna but I took my turn ,
I'm glad I did it , cause you had to learn .

You see , you can't just play with people's feelings.
Tell them you love them and don't mean it?
You'll probably say that it was juvenile ,
But I think that I deserve to smile .

I am

I’m a liar because I won’t tell you everything.
I’m stupid because sometimes I’m wrong.

I’m ugly because sometimes my face isn’t perfect.

I’m a pushover because I like making people happy.

I’m a loser because I’m not friends with your group.

I’m fake because I’m too nice.

I’m weird because I’m not like you.

I’m fat because I eat when I’m hungry.

Im sorry for being myself.

Actually, im not sorry at all (:

p/s; Not happy about it? Try me , again .

Saya suka blog anda

Eventho' dia post tak banyak, tapi dia pandai menerbitkan kata-kata yang bernas. Sekaligus telah menyerlahkan sedikit kebijaksanaannya. Keep it up! I would love to read more.

Tuesday, April 26, 2011

Terpaksa !!

Okeh. dalam tempoh beberapa jam, saat dan minit lagi, aku kena pergi kem. Kem Bina Insan Guru. Watdehekk?? =.=" Ya, aku bakal seorang guru. Mesti tak percaya kan ?

Rod Steward kata, "Love Hurts". Siapa setuju ?


Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi di khianati.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi tidak dihargai.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi tidak dimengerti.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi disalah mengerti.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi tidak dihiraukan.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencegah dan melarang untuk kebaikan tapi dimusuhi.

Cinta itu menyakitkan bila kita mencintai tapi cinta kita dipermainkan.

p/s ; Cinta akan menjadi indah tatkala cinta itu terbalas dengan cinta yang tulus juga.

Monday, April 25, 2011

Jangan di tarah lagi luka itu


Beremosi bukan mudah. Bermain emosi juga tak semudah yang kau sangka. Kau sangka kau arif semuanya? Ternyata telahan kau meleset. Dia bukan dicipta untuk dijadikan boneka yang kau puja di siang hari dan kau hina di malam hari.

Izinkan dia menyingkap semuanya. Indah bukan? Kau bintang bertuah nya. Kau luar biasa. Kau manusia pertama. Kau lah Adam bagi nya. Bicara buat dua hati yang kini sedang bertaut di pintu hati, mengusik sedikit demi sedikit kotak hatinya.

Sedikit masa lalu, sekeping hati itu datang menemaninya tanpa di duga. Kau hadir mengungkap hilai tawa di hatinya. Dia bahagia. Sungguh.

Kini hanya sendu yang kedengaran. Zalim kah kau padanya? Apa yang dia mahu sebenarnya? Ya. Dia pohon pengertian dari mu. Dia mohon kau fahami dirinya. Hanya itu yang dia dambakan. Bukan emas permata mahupun ungkapan cinta yang tiada jaminan itu. Hanya yang satu itu. Ya, yang satu itu.

Fahami lah hatinya. Kenalilah kehendaknya. Bukan dia cuba melebih-lebih, memporak-perandakan situasi. Sama sekali tidak! Dia tak akan bertindak sedemikian tanpa sebab.

Dia mohon, letaklah dirimu dalam situasinya. Fahami mengapa dia bertindak begitu. Rasailah bahawa luka itu sudah berdarah kembali. Sakit bukan? Hanya jika kau mampu merasa. Jika kau ingin dicintai, belajarlah untuk mencintai. Jika kau mahu untuk menerima, belajarlah untuk memberi.

p/s ; Mengapa luka itu kau koyak,rentap dan kemudian kau jahit semula?

Hari ini

Hari ini penat .
Hari ini hari berjalan-jalan .
Hari ini tolong mama .
Hari ini membeli dan membelah .
Hari ini bernyamuk bersama kawan .
Hari ini bersama Munirah .
Hari ini Adam rindu aku .
Hari ini berkemas-kemas .
Hari ini tenang .
Hari ini hari bahagia :)

Bima sakti kepunyaanku. Bukan kau.

Entah apa yang mendorong aku untuk berbahasa sedemikian ini. Tapi malam ini , aku sebak. Fikiran berkecamuk. Semuanya kian rapuh.

Aku cuba menjadi tabah, mengharap pada impian serta memintal doa yang tak pernah putus serta aku nekad , tapi sekarang aku hanya mampu berserah. Ada cerita yang aku asingkan serta sisihkan dari semua dan aku yakin aku mampu harunginya seorang diri. Aku yakin.

Hidup semakin suram seperti suramnya Bumi tanpa panahan si Matahari dan sinaran sang Bulan. Tidak pernah sekalipun aku lupa siap dia bagi aku. Dan tidak pernah aku cuba untuk menipu diri dengan menyatakan aku lupakan dia. Segala resah, benci, amarah, aku pahatkan menjadi satu untuk aku terus melangkah tanpa jatuh lagi.

Jangan terus angkuh dan persetankan apa yang telah berlaku. Kau akan terima padahnya pada saat kau sedar akan wujudnya roda putaran hidup. Tika itulah kau akan mengangkat muka dengan penuh hina lantas memandang langit dengan seribu tanda tanya.

Semudah itu kau merenyukkan, mengoyakkan dan membakar impian bagi mereka yang mengharap padamu? Kau adalah bima sakti ku. Kau sedar atau tidak akan itu? Ke mana hilangnya kata-kata itu? Aku hilang arah. Aku hilang cahaya bima sakti ku. Kenapa ?

Pandulah aku kembali. Pangku aku kembali. Pimpin aku kembali. Berikan semula cahaya itu. Singkap lah kembali apa yang telah dilalui. Lebih banyak darah yang mengalir bukan? Aku resah, sayu, sebak.

Kini sejuta pertanyaan tersimpul rapi dan aku tegar untuk merungkainya kembali. Bukan aku sahaja watak dalam kisah ini. Kau, kau dan kau juga turut terlibat sama.

p/s ; Aku menunggu saat ia menjadi nyata. Walaupun pahit.

Sunday, April 24, 2011

I must and I can


Can you hold my hand and have it mean everything ?

Can you pick me up and hold me there forever ?

Make me smile, the way you say my name.

Can we be all we have again ?

Can we ?

Mencari jejaka idaman ?


Kita semua pernah berada di saat itu sebelum ini. Mencari putera kacak yang akan berlutut dihadapan kita dengan gaya yang begitu mempesonakan dan berjanji untuk berada disamping kita dengan aman dan damai untuk seumur hidup. Tettt ! Berhenti. Berpijak pada realiti. Lelaki tetap lelaki, mereka semua mula kelihatan serupa. Kita tersedar adakah lelaki seperti ini benar-benar wujud? Di mana kita boleh menemuinya? Adakah lelaki-lelaki yang kita jumpa itu benar-benar teruk, atau ia hanyalah ekspektasi yang kita yang tidak realistik?



1. Jadi pasangan ideal

Jika kita mahukan seseorang yang sempurna, pertama, kita perlu menjadi seseorang yang sempurna juga. Tidak adil jika kita mahukan seseorang itu baik dan sensitif terhadap kita sedangkan kita sendiri tidak begitu. Belajar untuk memperbaiki kualiti baik dan buruk dalam diri kita dan nanti anda akan dapati lelaki yang datang mengerumuni anda, daripada anda yang terkejar-kejarkan mereka.


2. Jadilah realistik

Duduk dan tulis senarai kualiti seseorang lelaki yang anda cari. Jadilah realistik. Mungkin tidak realistik jika kita mengharapkan seseorang seperti Brad Pitt dengan lengan umpama Mr. Malaysia dan seseorang yang memiliki sikap yang sangat sensitif, memahami, penyayang dan sering mengambil berat. Mungkin baik juga mengkategorikan kualiti lelaki impian anda kepada dua bahagian, boleh dikompromi dan tidak boleh dikompromi.

Contohnya, lelaki yang sukakan binatang mungkin memiliki kualiti yang tidak boleh dikompromi bagi anda, tapi mungkin bagi orang lain ianya bukanlah sesuatu yang perlu dipertimbangkan pun. Jadi apabila anda bertemu dengan beberapa lelaki yang berbeza, anda akan dapat tahu sama ada mereka sepadan dengan senarai anda atau tidak. Lebih penting lagi, anda pastinya tahu sama ada ekspektasi anda itu terlalu tinggi atau terlalu rendah!


3. Jangan harapkan dia jatuh di atas riba anda

Jika anda hanya duduk dan tunggu Jejaka Idaman turun dari langit, bangunlah! Ianya takkan berlaku jika anda tidak melakukan sesuatu. Bangkit. Sertai kelab (seperti kelab sukan) atau buat hobi baru (seperti memancing atau bola sepak).

Ok, ok biar kita jadi realistik sekarang. Cari hobi yang anda suka. Kalau anda dapati anda benci melakukan sesuatu (seperti memancing atau bola sepak), jadi idea menyertai kelab memancing atau bola sepak, bukanlah idea yang baik. Tapi sekurang-kurangnya lakukanlah sesuatu. Bersosial!


4. Jangan Hilang Kepercayaan Terhadap seseorang

Mungkin beberapa kali (sangat selalu) berlaku apabila anda tidak bertemu dengan lelaki seperti dalam mimpi-mimpi anda atau ekspektasi anda hancur pada pertemuan kali kedua. Tapi sangat penting untuk tidak terlalu kecewa menghadapinya atau sedarlah dari khayalan, fikirlah yang dia tidak pernah datang.

Ianya telah ditakdirkan untuk berlaku. Apa yang penting bukan berapa kali anda gagal, tetapi bagaimana anda bangkit semula! Jadi jangan putus asa!


p/s ; Percaya kata hati anda. Adakalanya kata-kata yang datang jauh di dalam sanubari itu boleh memberitahu anda banyak perkara.

Bolehkah Lelaki dan Perempuan menjadi "Kawan"? Hanya kawan ?

Apa bezanya ? Mari baca .


Lelaki, jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.


Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.

Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

Sumber : 3R

p/s ; Pendapat aku ? Memang tak boleh blah. Lebih baik jangan tanye. Sekian ~

Red Riding Hood vs. Twilight


Valerie is a young woman living in the small village of Daggerhorn. She is in love with the woodcutter Peter , but her parents Cesaire and Suzette have promised wealthy blacksmith Adrian Lazar that Valerie will marry his son Henry .

Valerie plans to run away with Peter, but their plans are put on hold when the town sirens erupt, telling the couple that the werewolf who terrorizes their village has struck again. On closer inspection of the victim, it is found to be Lucy, Valerie's older sister. The townspeople offer a monthly sacrifice to the beast and stay away from the woods but Lucy ventured there after discovering that Valerie had been promised in engagement to Henry, whom Lucy loved.


p/s ; Werewolf lagi ? Bosan la. Da banyak sangat keluar cerita werewolf -.-

Aku tak berapa nak setuju ~


1. Kalau perempuan cakap dia taknak, dia maksudkan dia NAK. Faham ?

2. Perempuan suka bercakap. Walaupun mereka tak ada apa-apa perkara untuk dikatakan, mereka tetap akan bercakap walaupun hanya untuk membicarakan tentang perkara yang sama berulangkali. Kadang-kadang orang yang mendengar pun dah boleh hafal jalan ceritanya.

3. Perempuan suka bertanya tentang perkara yang tidak mempunyai jawapan yang tepat. Itu salah satu usaha untuk membuatkan anda rasa serba salah walaupun anda tak bersalah. Terutamanya jika anda lelaki.

4. Perempuan tak ada apa-apa untuk dipakai bila diajak untuk keluar. Janganlah tanya tentang baju yang bertimbun dalam cupboard 5 pintu dia tu. Mesti dia akan cakap, ‘Tak ada bajulah nak pakai’. Oh shut up. You just don’t understand.

5. Perempuan suka berjalan dalam kumpulan walaupun hanya untuk ke tandas. Inilah salah satu cara mereka mencari peluang untuk bergosip!

6. Kalau seorang lelaki akan pergi untuk 7 hari lawatan ke sesuatu tempat, dia akan pack untuk 5 hari punya outfits dan akan pakai baju yang sama 2 kali. Tapi kalau seorang perempuan akan pergi untuk 7 hari lawatan ke tempat yang sama, dia akan pack 21 outfits sebab dia tak tahu apa yang dia nak pakai untuk setiap hari kat sana nanti.

7. Perempuan akan sentiasa rasa tak selamat tentang berat badan, punggung dan breast size mereka. Mesti ada yang tak kena.

8. Perempuan akan rasa exited, heaven dan ‘terkawal’ bila berada di shopping complex. Nampak mall macam nampak Johnny Depp. Ehemm ;)

9. Perempuan tak suka jawapan jujur bila dia tanya, “How do I look?”

10. Perempuan sanggup memandu jauh untuk mengelakkan possibility untuk sesat kalau guna jalan shortcut. (Aku tak pun?)

11. Perkara yang paling memalukan bagi seorang perempuan adalah apabila mengetahui ada seseorang memakai pakaian yang sama atau hampir sama dengan mereka. Tapi pernah tak anda dengar seorang lelaki berkata, “Ohmaigoat! There’s another man wearing the same black tuxedo, get me outta here!”

p/s ; 50% betul , 50% bengong.

I said so

Listen !
I am alone at a crossroads.
I'm not at home in my own home .
And I've tried and tried .
To say what's on my mind .
You should have known .

Now I'm done believing you .
You don't know what I'm feeling .
I'm more than what ,
You've made of me ,
I followed the voice, you gave to me .
But now I've gotta find my own ,
You should have listened .


Liar

Don’t torture yourself everyday trying to think about what you did wrong. Sometimes relationships fail and it had nothing to do with you. Yeah, maybe you thought everything was perfect but obviously the person you were with thought differently.

Loves

When a woman loves a man, she loves him with her heart and soul.
I miss you .

Friday, April 22, 2011

If today was your last day


My best friend gave me the best advice ,
He said each day's a gift and not a given right ,
Leave no stone unturned, leave your fears behind ,
And try to take the path less traveled by ,
That first step you take is the longest stride .

If today was your last day and tomorrow was too late ,
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last ,
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had .

So do whatever it takes ,
'Cause you can't rewind a moment in this life ,
Let nothing stand in your way ,
'Cause the hands of time are never on your side..

Baby just say Goodnight instead of Goodbye



It's been awhile. This song used to make me cry like jerk. But, however it it this is an epic. Damn epic (:

Mari Berpantun 2 (:

Kalau ada sumur di ladang ,
Mandi jangan di bulan terang ,
Apa nasib celaka badan ,
Tunangku hilang dilarikan orang .

Ada harta tidak terjaga ,
Ada peti tidak berkunci ,
Bahana cinta anak remaja ,
Sekejap kasih sekejap benci .

Ada pijat tuan buangkan ,
Ada inti pulut direndam ,
Ada hajat tidak diucapkan ,
Ada hati kenapa dipendam ?

Angin sejuk menggigit tulang ,
Baju tebal cepat dicari ,
Cerai dirujuk kasih berulang ,
Cinta sejati cuma sekali ?

Buah keranji habis dikutip ,
Isinya kecil rasanya manis ,
Bintang hati tidak mengerdip ,
Embun kasih tidak menitis .

p/s ; Penat berpantun. Jom tengok movie ! ;)

Literature

"A reason people give up so fast is because they tend to look at how far they still have to go, instead of how far they have gotten."

Meridon from Philippa Gregory

I flushed scarlet, suddenly uncomfortable. Then I looked up at her. She was still smiling. "Nothing to be afraid of, Meridon," she said gently. "You'll have seen some bad doings when you were a girl, but when a man loves a woman it can sometimes be very sweet. Very sweet indeed."

She gave a little sigh and dumped the heap of wet cloth back into the copper and set it back on to boil.

"It's not all sluts in hedgerows and dancing for pennies," she said, turning her back to me as she lid the table for breakfast. "If a man truly loves you he can surround you with love so that you feel as if you are the most precious woman in the world. It's like forever sitting in front of a warm fire, well-fed and safe."

Mood ; Katy Perry !

Thursday, April 21, 2011

E.T



Aku rasa lagu ini memang PECAH PANGGUNG. Rosak button 'play' kat laptop ni. Ngeeee. Sejak keluar radio, tak pernah letih aku dengar. Turn the volume UP dude.

Dilemma "Never Say Never"

Itu die ~ Justin Bieber a.k.a THE MOST WANTED KID IN THE WORLD. (Dari td nak post benda ni tp Cik Nim buat cite tacing pulak.Ok sambung). Dia ni famous gile kan ? Suke betol hati mak ayah dia dapat anak macam die. Sejuk perut mak kau wey ~ Ramai yang dah pegi tengok movie JB tu kat GSC. Dan hasilnya? MEMBERANGSANGKAN ~ Bia betol ? Macam dah menarik minat aku sikit. Hehehe.

Ok, next . Aku tak salahkan die ni bawak pengaruh bukan-bukan ke ape. Sebab setakat ni aku tengok takde la die ajar golongan remaja ni smoke , hisap ganja , get a shot of tequila. He's good isn't he? Dah tu, yang korang ni anti die kenaaaapeee? Sebab takde org minat korang macam mane BANYAKNYE perempuan gilekan die? Geee guys. Get a life .

He's adorable and he's trying to live on his way. Tayah le geli sangat dengan dia. Banyak lagi orang korang boleh geli. Apelah salah die kat korang ? -.- Kalau nak dikatekan, aku pun tak minat. Mungkin sebab die budak lagi. Tapi, tunggulah 2 tahun lagi ke. Konfem die boleh jadi macam Chad Micheal Murray (:

Apelagi? Esok ade peneman yang nak teman. Jadi, meh try NSN ni. Ikot korang le nak tengok ke taknak. Aku nak tengok cite lain. CHEESE !

p/s ; Korang nak geli dengan die sebab muke die ada macam perempuan ke? Weeyyy. Ade korang tengok lelaki Korea atau Jepun yang kononnya jadi PUJAAN 1 dunia tu ? Lagi macam nyah. Cube korang bandingkan. Takde
bezanya.