The Breath Takers

Monday, April 25, 2011

Bima sakti kepunyaanku. Bukan kau.

Entah apa yang mendorong aku untuk berbahasa sedemikian ini. Tapi malam ini , aku sebak. Fikiran berkecamuk. Semuanya kian rapuh.

Aku cuba menjadi tabah, mengharap pada impian serta memintal doa yang tak pernah putus serta aku nekad , tapi sekarang aku hanya mampu berserah. Ada cerita yang aku asingkan serta sisihkan dari semua dan aku yakin aku mampu harunginya seorang diri. Aku yakin.

Hidup semakin suram seperti suramnya Bumi tanpa panahan si Matahari dan sinaran sang Bulan. Tidak pernah sekalipun aku lupa siap dia bagi aku. Dan tidak pernah aku cuba untuk menipu diri dengan menyatakan aku lupakan dia. Segala resah, benci, amarah, aku pahatkan menjadi satu untuk aku terus melangkah tanpa jatuh lagi.

Jangan terus angkuh dan persetankan apa yang telah berlaku. Kau akan terima padahnya pada saat kau sedar akan wujudnya roda putaran hidup. Tika itulah kau akan mengangkat muka dengan penuh hina lantas memandang langit dengan seribu tanda tanya.

Semudah itu kau merenyukkan, mengoyakkan dan membakar impian bagi mereka yang mengharap padamu? Kau adalah bima sakti ku. Kau sedar atau tidak akan itu? Ke mana hilangnya kata-kata itu? Aku hilang arah. Aku hilang cahaya bima sakti ku. Kenapa ?

Pandulah aku kembali. Pangku aku kembali. Pimpin aku kembali. Berikan semula cahaya itu. Singkap lah kembali apa yang telah dilalui. Lebih banyak darah yang mengalir bukan? Aku resah, sayu, sebak.

Kini sejuta pertanyaan tersimpul rapi dan aku tegar untuk merungkainya kembali. Bukan aku sahaja watak dalam kisah ini. Kau, kau dan kau juga turut terlibat sama.

p/s ; Aku menunggu saat ia menjadi nyata. Walaupun pahit.

No comments: