The Breath Takers

Monday, April 25, 2011

Jangan di tarah lagi luka itu


Beremosi bukan mudah. Bermain emosi juga tak semudah yang kau sangka. Kau sangka kau arif semuanya? Ternyata telahan kau meleset. Dia bukan dicipta untuk dijadikan boneka yang kau puja di siang hari dan kau hina di malam hari.

Izinkan dia menyingkap semuanya. Indah bukan? Kau bintang bertuah nya. Kau luar biasa. Kau manusia pertama. Kau lah Adam bagi nya. Bicara buat dua hati yang kini sedang bertaut di pintu hati, mengusik sedikit demi sedikit kotak hatinya.

Sedikit masa lalu, sekeping hati itu datang menemaninya tanpa di duga. Kau hadir mengungkap hilai tawa di hatinya. Dia bahagia. Sungguh.

Kini hanya sendu yang kedengaran. Zalim kah kau padanya? Apa yang dia mahu sebenarnya? Ya. Dia pohon pengertian dari mu. Dia mohon kau fahami dirinya. Hanya itu yang dia dambakan. Bukan emas permata mahupun ungkapan cinta yang tiada jaminan itu. Hanya yang satu itu. Ya, yang satu itu.

Fahami lah hatinya. Kenalilah kehendaknya. Bukan dia cuba melebih-lebih, memporak-perandakan situasi. Sama sekali tidak! Dia tak akan bertindak sedemikian tanpa sebab.

Dia mohon, letaklah dirimu dalam situasinya. Fahami mengapa dia bertindak begitu. Rasailah bahawa luka itu sudah berdarah kembali. Sakit bukan? Hanya jika kau mampu merasa. Jika kau ingin dicintai, belajarlah untuk mencintai. Jika kau mahu untuk menerima, belajarlah untuk memberi.

p/s ; Mengapa luka itu kau koyak,rentap dan kemudian kau jahit semula?

No comments: